The Tourist - Review dari Premier Screening

Huarghhh.... (mengantuk sat..)

Semalam bertuah dapat jemputan premier screening cerita The Tourist. (Oh, sesapa nak jemput saya premier silalah email sini :-) - yang FREE tau..hehe)


Sapa taknak lepaskan tonton filem my idol actress si Puan Angelina Jolie. Ditambah pulak hero dia Johnny Depp. Memang Brad Pitt aku campak tepi sungai Venice tu.

Sedikit sinopsis..


Angelina Jolie sebagai Elise mempunyai teman lelaki, Alexander yang sangat dikehendaki polis British. Mereka ni terpisah dan berhubung melalui kad comel rahsia untuk elak dari polis. Walaupun  dah bawa diri jauh ke Europe mostly background kat Paris & Venice (yang buat aku nak cakap kat boyfriend aku "nanti janji bawa saya ke sini ye"), tetap diburu oleh interpol Italy yang bekerjasama ngan British. (Heran, tak plak mintak tolong James Bond). 



Untuk mengaburi pengintip yang sibuk intai aktiviti Elise setiap hari, Alexander suruh Elise cari satu laki sebagai dummy. So that, polis semua akan ingat laki itulah Alexander. Dalam banyak-banyak yang tersangkut ialah si Johnny Depp yang merupakan pelancong Amerika. Kalo speaking London berbunyi THE TOURIST from America. (Get the point?)


Masalahnye, bukan polis je yang ingat Johnny Depp ialah Alexander. Ada satu ketua gangster pun memang tengah cari Alexander pasal Alexander lah yang songlap duit ketua gangster tu.. Kesian si Depp, dahla datang melancong Italy tak pasal-pasal ramai kejar dia. Dalam diam-diam terjatuh cinta ngan Elise pulak tu. Parah betul. Orang jatuh cinta mesti sanggup buat apa saja kan lagi-lagi waktu bibir munggil belah dua Elise hampir-hampir ditoreh ketua gangster.(Suka-suka nak cederakan aset berharga angelina nih..grrr...)

.:: I lap you Edward Scissorhand..eh silap ::.

TAPI... Siapa pulak Alexander tu.....??????

Anyway, Angelina kali ni berlakon kurang aksi & kurang beraksi seksi dalam erti kata lain nampak lembik lah pulak. ahaha. Lagi suka Angelina si Lara Croft yang cool tapi lincah penuh aksi. (Maaf Salt tak tengok lagi). 

Johnny Depp watak agak sederhana, taklah terlalu jadi hero tapi taklah dungu sangat even dituduh penjenayah besar. 

Overall filem ni sangat-sangat rilex plus ada verry verry light comedy. Aksi percintaan yang tak terlalu heavy. Aksi ganas yang tak ganas ponnnnnn walaupun ada ketua gangster. Just satu cerita ringan yang bolehlah nak  layan weekend ni. Nak layan game lawan boat cerita The Tourist sila ke SINI pulak :-)

R.A.T.E = 3.5/5


photo credit to Google Image Search & Sony Pictures.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

5 comments:

  1. uish...sape lak yg jemput ko ni..ish2..tak aci.haha

    ReplyDelete
  2. huh! mcm ni cte dia? thnkz sy dh lama nk thu sinopsis cte ni.. ape2pun thnkz! kena tgk ni

    ReplyDelete
  3. thanks coz bg support kt boypren aku si johnny kihkihkih

    ReplyDelete

Featured Slider