Harry Porter di MBO Harbour Place

Aku tak nak cerita pasal Harry Potter sebab dah nak bunyi-bunyi expired. Yelah dah berapa lama screening kan. Cuma sikit je review Harry Potter kali ni macam boring sikit. (In my opinion) Yelah. Dumbledore dah takde. Diorang pun tak g sekolah lagi. So activity harian yang dipaparkan agak kureng.. no sports, magic class etc..Anyway just nak komen pasal first time pergi MBO Cinema.



Yang aku pergi ni ialah di Harbour Place, Port Klang. Adalah dalam 5-10 minit dari rumah aku. Tempat ni baru bukak tahun ni. Tapi building ni.. serius cakap dah berzaman baru nak siap. Dalam paper baca cinema memang gah gila la..tercanggih la, 3D best la n bla bla bla.

So on that day aku pun try lah amik couple seat which is RM 20 aja (for two -off couse lah couple kan). Hmm murah jugak. Waktu nak masuk..pintu dia memang gempak canggih. Tapi spoil la seat arrangement diorang. Ruang hall pun nampak sempit.

Selain itu bising tau. Yelah dok couple seat biasanya terkebelakang. Pintu masuk pertama yang besar cantik tadi. Ada satu lagi pintu dia cover dengan kain tebal jer. So kalau orang keluar masuk tak tarik langsir tu, silau lah pasal situ ada lampu kuning. Memang rimas. Orang depan aku siap dok usha seat kosong lain sebab rimas dengan silau cahaya tu.



Seat dia pun tak best..Goyang. Aku tak tau la kalau seat kat hall tu je problem. Hall lain tak. No komen. Besides rendah, aku nak tengok screen kena senget kepala ke tepi gara-gara lelaki leher jinjang duduk depan aku. Spoil betul.



So mostly kalau nak bawak family aku lebih rela g TGV kat Jusco Bukit Tinggi/ Bukit Raja. Tak jauh sangat pun..15 minit jer..tak taulah MBO lain camner kan..ini pandangan aku dari satu hall sahaja.


photos- credit to google image
m

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

Featured Slider