Steamboat di Tupai-tupai Restaurant, Shah Alam





Okeh, ingat setiap hari Jumaat, aku akan siarkan entry mengunyah. Saja nak bagi korang terliur, nanti weekend senang terus terjah. Kalo kuar entry hari Isnin, mau kecur liur korang tu hilang begitu aja. Kannn?



Waktu tunang haritu sorang adik tak dapat join, pasal dia pergi offshore. So, bila balik je seminggu pas aku tunang, kitorang paksa diri ramai-ramai keluar makan bersama. Lagipun kitorang nak celebrate 4 perkara.


Harijadi Abah

Harijadi adik lelaki


Anniversary Mama & Abah

Harijadi Aku.

Senang kumpul sekali terus semua. Yang sambut birthday tu semua lahir bulan Mac, tapi belasah je la makan-makan bulan April pun.


.:: Bulan menyaksikan kami ::.

.:: Esok budak ni balik asrama plak ::.

Plan nak makan kat Tupai-tupai, Sek 13 Shah Alam ni lama dah, since raya cina haritu. Tapi dah tutup, tangguh la sampai ke la ni. Nak pergi kat KL punya jauh. Malas nak redah jam kat federal highway.



Satu je aku nak cakap, penuh gila orang. Pastu tempat sempit. Kalo kat KL tu nampak cam tak cukup parking tapi tempat duduk banyak. Luas.



Ada 3 flavour untuk sup, samaada tomyam, kelapa atau sup ayam. Aku amik tomyam dan kelapa. Kelapa serius sedap! Nampak tak kuah dia sampai kering (gambar kiri). Heran, diorang ni tak topap kuah ke. Tapi sini memmanngg sesak.

.:: Syrup & Chinese tea ::.

.:: Akibat gelojoh, mee tercicir ::.

Kalau memang nak makan steamboat, amik buffet je senang, RM25 per pax untuk orang dewasa. Kanak-kanak tak pasti, RM 15 per pax kot. Ni dah termasuk steamboat, air, buah, desert, ais krim, nasi goreng, spagetti etc.

.:: Kuah cicah ada macam-macam flavour ::.


Kalau nak amik aiskrim, korang kena tabah sikit, pasal beratur gillaaa panjang. Pastu yang mengambilnya semua tahap-tahap newbie pegang senduk nak scoop aiskrim punn slow...sabar aja lah. Belum campur yang berborak lagi kalau beratur bawak gang.


Kesimpulan, kalau nak pergi sini better korang book pasal weekend memang ramai orang, meja bulat penuh. Haritu pun duduk kat open space, nasib tak hujan. Ambiance memang nice. Tak sangka plak kat tengah bandar Shah Alam akan ada kafe ala-ala garden. Apa-apa pun makanan sedapppppp..huhuhu.. Cuma takde ketam ker :-(

.:: Kegembiraan terlampau ::.


Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
Jalan Lompat Tinggi, Seksyen 13
Shah Alam, 41000 Selangor.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

18 comments:

  1. menyelerakan...agak famous restoran ni

    ReplyDelete
  2. tapi kan rasanye dekat jln reko harganye lebih mahal sikit kot. Lame gile da x gi sane. Zura, senang cite celebrate sekaligus. Meriah pon meriah.

    ReplyDelete
  3. oh..nak ajak akak aku p sana la nnti

    ReplyDelete
  4. I tot there'll be tupai in the steamboat o.0 hahaha...It looks so nice and I'm tempting to try the kelapa soup now ! *hungry*

    ReplyDelete
  5. Nur Hawa :iyer...rasanya kat KL lagi best kot..tapi dua-dua rasa tetap sedapppp..Shah alam murah sket..

    kasut pink: tula...dah la susah nak berkumpul sekali...jalan reko tak pernah g lagi :-)

    cadlynn: pergi jangan tak pergi...minta bront palare sponsor...kikiki..

    ReplyDelete
  6. Hamizah: sila cuba esok jugak!

    Anna Yjia: haha..i also wondering the significant of tupai2 with this restaurant :-)

    ReplyDelete
  7. waa..nmpak sedap steamboat tu..lapar plak..heheh

    ReplyDelete
  8. cedap nye ice cream..mmg antu ice cream la akk ni kan ;)

    ReplyDelete
  9. wow, the soup looks so spicy, must be delicious in taste.

    ReplyDelete
  10. pernah singgah blog saya ye? salam perkenalan... saya follow kamu ye...

    sedapnye.. nak pegi la esok, tupai-tupai...

    ReplyDelete
  11. Nyum3 sedapnya. Dulu ingat nak pergi ke tupai tupai di Bangi tapi dah tutup la pulak. Aiseh man.

    ReplyDelete
  12. try g restaurant chim chum @ sec 7, belakang kompleks belia....bbq steamboat

    ReplyDelete
  13. BERAPA HARGA?
    CERITA SIKIT...HEHE.
    WANNA BUDGETT

    ReplyDelete
  14. nampak cam menarik!! nak kene terjah tu..tak jauh sangat
    hmmm....nanti jengok yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan,makan dan makan hehe.....dan kalu bolih tu register la follower maklum la blog baru sunyi skit TQ TQ

    ReplyDelete

Featured Slider