Apa itu Domain & Hosting



Jom Sembang komputer!

Ececeh, padahal tangan tak IT ada hati nak ajar orang. Kalau masih ingat, macam mana blog ni ada domain sendiri, boleh flash back entri situ dan sini.

Waktu join tak pikir apa, tapi bila salah satu pemenang ada mention yang contest ini hanya menang domain sahaja & tak masuk hosting, mulalah rasa menggelupur cari perbezaan dua perkataan yang cikgu add math tak pernah ajar time SPM dulu.

Apa itu Domain?

Domain ialah alamat website korang. Ala macam kita punya, www.kisahnye.com. Tak semesti hujungnya berdot com. Nak dot net boleh, dot my boleh, dot org pun boleh. Domain memang kena beli pada harga yang berbeza-beza dan bukan untuk selama-lamanya. Habis setahun kena renew beb. Ni yang aku lemas pikir. Pasal aku dapat free, next year kena bayarT_T


.:: netKL ada offer domain ::.


Apa itu Hosting?
Hosting ni pulak ayat kasar dia tempat korang simpan semua data-data website korang termasuk gambar,file, lagu etc. Kiranya macam server lah fungsi hosting ini. Yang ni pun berbayar jugak tau. (Hailah dunia...)

Domain vs Hosting?
Kalau ada domain, tak wajib pun untuk kita beli hosting. Macam blog ini, walaupun berdomain tapi masih gunakan blogspot sebagai platform. The best platform ialah wordpress, tapi takde masalah lah dengan blogspot. Still login blogspot macam biasa, nama website je tukar ke dot com.
Pentingkah domain?
Lain orang lain objektif berdomain. Aku dah pernah terangkan kenapa saya nak domain di entri bertuah ini:-) Ingat!! Adanya domain tidak menentukan seseorang blogger itu popular, traffik tinggi, mahupun dapat income tinggi dari ramai pengunjung yang singgah ke blog dia. Hanis Zalikha tak perlu domain pun! Kannnn...?


Kesimpulan?
Tapi kalau rasa perlu jugak nak berdomain, ada satu offer yang berbaki 2 hari lagi. RM39 untuk domain & hosting tu dah cincai kira .. murah lah tu. Ada beran ka? :-) 
  
.:: Yang dibawakan oleh MilkaDeal ::.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

9 comments:

  1. milkadeal punya offer tu sangat menggiurkan..huhuhu

    ReplyDelete
  2. tahniah dah berdomain mizzura.. sejak bila ni..?

    ReplyDelete
  3. uncle teringin la nak ada domain sendiri....

    Laaa... baru perasan belog ni pakai domain sendiri....


    -bes!

    ReplyDelete
  4. pergh..hebatla~ :p
    sudah expert ckp pasal it skrg ni...
    meh nak tabik spring jap :p

    ReplyDelete
  5. kakyong: early april ahritu...itupun sebab menang contest little mama's diary.

    en. gedek: kalo teringin cuba2 masuk contest yang hadiahnye doamain..takpun beli je kat milkadeal tu. siap hosting lagik. murah!

    cadlynn: hehehe..konon2 aja..

    ReplyDelete
  6. beb thanks yek for ur info kt fb tuh...jam2 tuh gak aku trs tukar hekhekhek

    ReplyDelete
  7. hehe..sya..wah cayalah...terus buat tu...selamat berdot com :-)

    ReplyDelete

Featured Slider