Minggu Lepas yang Sesak

Iyer, sedar-sedar dah seminggu berlalu di bulan 4.
Sesungguhnya bulan 3 adalah bulan yang paling sesak nafas.
Sabtu Ahad je, selain jemputan kahwin, ada agenda dengan family, dating dengan Si manis jantung sweetheart takpun berhuru-hara dengan rerakan.
Rasanya minggu lepas ada satu je entri dapat buat.

Tau apa berlaku minggu lepas *tahan la ek, blog aku semua cerita lepas2 - ala macam Melodi jugak kan*

Hari Isnin ialah Hari Jadi saya yang ke dua puluhan.Haha.*muda lagi tau!*
Time lunch, kena belanja paw officemate. Tapi tak cukup korum, sebab lagi sorang cuti.
Malam plak dinner dengan si manis jantung ku my sweetheart di restoran yang indah dihiasi lilin-lilin aromatheraphy di tepi kolam ditemani pemain biola yang mendendang kan lagu melankolik *SUDAH berhenti berangan*. Erk, tapi harap dia tak buat-buat lupa dengan janji dia nak bawa makan Victoria Station. Sayang udang besar sudah menunggu untuk di ngap! (~_-)

.:: Muka tak puas hati - bukan bday gurl yang dibelanja ke? ::.

Jadi sudah full day, itu belum lagi membalas ucapan penghargaan kepada pengucap hari jadi dalam FB *Bajet kau glamer ke*
Oh, paling touching baca entri dari BFF ku tentang Hari Jadi Ku (Promosi Ulangan). Bai, entah bila nak buat untuk kau.Tunggewww!!

Minggu tu pulak ada Appreciation Dinner untuk Director Company yang nak bersara. Saya pulak menjadi sukapaksarela untuk jadi treasury. Dapatkan collection untuk makan, karaoke, hadiah bla..bla..bla... Hei dioang ni dah tarikh tutup pun still nak bayar-bayar. Sudahnya, kerja office tolak tepi, pasal setiap masa je orang datang nak bayar. Kaunter untung betul kalah Bursa Malaysia.*Tolong, kerja aku tak siap manager marah aku..bukan korang tsk T_T*

Dinner plak hari Khamis bertema light blue. Sangat kelakar, bila bos-bos semua pakai light blue dah macam pengawas pekerja industri pun ada. Malam tu jer pukul 10.00pm dah rasa nak collaspe. Sangat letih lagi-lagi nak memandu dari Kajang-Klang. Sampai umah nak dekat Hari Jumaat 0.00am.
Ambil masa dua hari tuh!(-_-) Bilalah nak ada supir ni.

.:: Bos, walaupun dah bersara - S-Curve tetap saya update ::.

Jumaat tuh, pagi-pagi seawal pukul 5 dah bangun pack-pack barang untuk ke PD lepas habis kerja. Dah la naik komuter dari rumah pasal nak tumpang kawan. Dalam komuter bantai tido tak ingat dunia. Perasan gak ramai orang pakai topeng *aku busuk ker*. Rupanya ada kes H1N1. Bahaya ni.

Jadi, weekend tu sampai Ahad, saya and staff dept yang ciput tu berjimba-jimba di Port Dickson sempena Mini Family Day kitorang. Nasib Isnin Bos dipaksa bagi cuti.Rilex la sikit. Tapi still dalam mode malas nak bekerja. Camner nih. Tolongggg ~ ~ ~

.:: Best cuti. Want more! ::.

Uit, Dah. Dah. Jangan sebut pasal sesak, sibuk, stress dan sejawatannya.
Yang penting Kita Enjoy! *gaya Nora Danish dalam Puteri*


Eh, baru teringat ada lagi hutang tag dari Ezma & Bunbun.Giveway dari Yjia pun tak buat lagi.* Siput betul aku nih!*
_

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment

Featured Slider