Ini adalah gambar sekeluarga buku-buku di level satu rak oren biru ini. Sila abaikan frame gambar free yang bertujuan menutup kekurangan buku-buku disitu. Majalah yang tersusun mengikut kalendar itu pula merupakan jiran mereka.
.:: susunan tak mengikut ISO, since librian resign ::.
Apabila saya kesedihan, keluarga inilah (dan banyak lagi di level lain) yang menghiburkan hati saya. Apabila saya bosan, blur, mati kutu tunggu orang, keluarga ini juga yang selalu teman saya. Kurang-kurang dengan adanya mereka, takdelah saya nampak looser je duduk tunggu orang sorang-sorang, makan sorang-sorang, kena "sweet" sorang-sorang*e'eh perasan plak*. Kalau naik komuter pulak saya akan pentingkan keluarga ini sehingga kepala tak toleh depan, buat-buat tak perasan ada orang lain yang memerlukan. Sangat fokus lah tu kononnye.
.:: Beruang terkangkang tidak tergolong dlm keluarga ini ::.
Tapi dalam banyak-banyak keluarga, hanya ada satu sahaja yang bersaudara dan yang sering saya refer bila ada kecelaruan fikiran. Tahu kenapa mereka bersaudara? Sebab, author dia sama lah. Korang kenal tak sapa dia nih? Tak semua buku tulisan dia saya beli, pasal ada yang dah baca free,akak-akak ofis punya kat company lama dulu. Ala, dia pun banyak tulis kat column2 majalah especially pasal motivasi. Suka sangat sebab, motivasi dia santai aja. Agak-agak, pagi taknak blues pergi kerja tune je ke channel 100.90 (Selangor FM) pukul 7.30pagi. Sebab dia akan bagi motivasi pagi-pagi dalam 5 minit aja gitu. Barulah membina semangat 47 nak gi kerja :-)
.:: Karya HM Tuah Iskandar Al Haj ::.
BTW, entri ini adalah kesinambungan perasaan diriku yang tiada motibasi di tempat kerja. Oh.. perasaan ini sudah bermain-main di benak hati jantung berlubang.. Apakah petanda harus beralih angin ...tetttzzzzz...atau..harus membeli buku motivasi baru supaya timbul semangat bekerja penuh dedikasi..?
m
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
dia ni pakar motivasi kan..
ReplyDeleteiyer kak...sempoi aja orangnyer...
ReplyDeleteuish banyak nya buku! kira ulat buku lah zura ni. so, zura ni kira dah motivated lah ni ekk.. hehe anna ni belom lagi. kuikui.
ReplyDeletesaya juge perlukan private motivator itu..
ReplyDeletepinjam boleh?
hehe
wow..banyaknye novel die..jeless
ReplyDelete