Free Domain Contest by Little Mama

Teringin jugak nak ada domain sendiri.
Boleh la setahun tu 'eks' sikit ngan orang kampung..
kisahnye.com
Aku lah owner.
eceh!

Lagi-lagi bila ada orang nak bagi free setahun.


(Ada aku kisah...ko pakai domain ke tak..? kuikuikui..)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oh..peeps..


For your info, Little Mama tengah nak bagi domain free ni melalui contest Free Domain Contest by Little Mama. Moga-moga dimurahkan lah rezeki beliau di atas kemurahan hatinya ini.






Tak terigin ker peep-peepah semua??


Kepada Little Mama, ni saya nak gitau ni...


Saya mahukan Nama Domain Percuma dari Little Mama untuk blog saya kerana………

  • Bajet blog ni lagi gempak bila ada .com -  Kot-kot pergi audition pengacara JJCM, boleh cakap layarilah kisahnye.com untuk info tempat kunyah paling best. Orang kampung pandang tinggi tuh..Mula la kuar ayat..."eh dia ada website sendiri tau, hebat nye."
  • Kalau blogspot, panjang sangat nak type. Orang kampung susah nak ingat. Kebarangkalian tersalah type tinggi. Seperti kisahnye.blogger, kisahnye.brownspot, kisahnye.sport, kisahnye.wordpress, kisahnye.terpress. Tak gitu?
  • Bila dah dot com, dah ramai orang kampung baca.. mula la rasa malu pada entri picisan aku, lantas secara automatik otak kanan & kiri aku akan di full swing untuk menjadikan entri aku sedap mata membaca.
  • Sebab entri dah bagus, otak kanan aku akan hantar signal bagi mewujudkan daya imaginasi serta menghantar isyarat RINGAN TULANG menghias blog. Nanti malu dowh, orang kampung kata aku anak dara pemalas. Tak reti mengemas blog, nanti malu mereka dan keluarga mereka. (mereka refer to kisahnye.com *bajet*)
  • Sebab Little Mama tertarik hati nak bagi domain free setahun kat blog sahaya :-D .. FREE SIAPA TAKNAK?! Cukup setahun, masuk lagi contest Little Mama..tehehehe..

eja - ef..arr..ii..iii...bunyi apa adik-adik?

Ajak semua follower, peep-peepah, silent reader buatlah contest ni sebelum 26 Mar 2011. Kerana tarikh 29 Mar 2011 ialah harijadi saya. Oke, takde kena mengena. Kerana 26 Mar 2011 ialah tarikh tutup. Maka peluang kamu-kamu untuk dapat domain percuma setahun emangnya kalau terlepas langsung mencantas niat nak kepoh ke orang kampung korang ada website. Harap maklum.


Yang berminat,
mizzura from kisahnye.blogspot.com 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



















Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

7 comments:

Featured Slider