Dilarang pergi IKEA sorang-sorang.

Satu hari tu, aku nekad nak pergi jugak IKEA. Ada barang yang aku tangguh lammmaaa sangat. Dari 2010 sampai nak masuk 2011. Dek tak nak tertangguh lagi ditambah dengan tahap adrenalin yang tinggi nak settlekan *sesuatu*, pas je habis kerja aku terus ke Pearl Mutiara Damansara. Gila kan. Dahlah senin Monday Blues, weekend sibuk sangat sampai takleh gi *konon*


.:: Perlu ke bergambar di tempat menyorok syaitan ::.



Alang-alang pergi sorang si manis jantung my sweetheart pun menumpang sekaki pesan barang. Amboi...lupa plak aku nak claim delivery cost kat dia haritu. Kalau korang tak cukup iman cam aku ni. Tolong lah buat checklist yer. Almaklumlah berapa orang yang pergi IKEA mesti akan beli benda-benda yang tak termasuk dalam checklist? Sila angkat tangan!



.:: Ini termasuk dalam checklist ka budak?! ::.


Sampai la ke kaunter, baru aku dapat angkut barang yang aku nak tu. Aku bajet, takla berat mana which means aku boleh sorong-sorong tolak papan tarik papan. Sekali kau! Berat nak mamp. Nak sorong pun tak bergerak. Terus aku rasa risau camner ah nanti nak masuk keta. Kalau kat dalam bolelah brader IKEA tu tolong.


.:: Sapa hensem tolong angkat ::.




Nasib pulak, parking tak jauh. Pas setting kereta depan troli, aku panggil mamat bangla nak suh tolong. Dia bukannya nak panggil kawan dia. Dia suh aku angkat sebelah. Takde peri-peri langsung aBANG-LA ni. Nasib lah aku saki baki sri kandi melayu. Habis semua kederat mengangkat. (Eleh, lupa ke ko dah bedal 10 meatball & daim cake. Memanglah gagah)

Agak penat jugaklah aku setting benda ni kasi masuk kancil. Sorong depan - gear 1 stuck, sorong kiri -pintu takleh tutup, Sorong belakang - bonet plak takleh tutup. Namun berjaya jugak setelah sorong-serong sorong-serong. Kancil kan sebijak anda! Lap u lah kancil :-)


.:: Kancil comot yang bijak ::.

Nasi Tambah: Sepanjang hiway aku bawak 60km/hr ada kot. Kereta jadi berat. Gila lembab nak sampai rumah. Tobat, tak nak buat gini lagi. Pasni harus bawak kereta besar dilengkapi supir idamanku.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

3 comments:

Featured Slider