Shopping Kerepek Like Heaven

Macam dah jadi kemestian, tiap kali raya mesti nak pergi kampung Jalani Sidek ni *opss..sensitip*. Tak raya pun kadang kitorang belasah gak ke sana. Kat sana kerepek memang murah-murah-murah-murah gila.


.::First Checkpoint ::.

.:: Memula bakul kosong (lantakla gambar horizontal) ::.

Oh kalau setakat nak beli satu dua plastik, baik tak usah datangla yer. Trip ni antara saya, mama & auntie. Memasing plak ada sorang kawan yang order. So berbaloi la. Fyi, minggu lepas auntie saya dah pergi borong pun. Rupanya ada lagi tak cukup.Haha.


.:: Bakul sudah penuh ::.


Napa ramai orang menggila kat sini, sebab kerepek dia murah serendah RM3/500g kau. Actually ada sembang dengan makcik/customer tu, dia dah survey kedai lain ada yang RM2.40/500g untuk keropok roda tu. Takpelah, kalau telalu nak murah sampai kena pergi 5 6 kedai. Penatla ye dak?

.:: Percayalah ::.

.:: Biskut pun banyak ::.

Kitorang datang plak dengan kereta Yaris auntie kitew, nasib la muat. Lenkali nak bawa lorry lah gini. Nasib baik gak passenger seat kat belakang tu aku sorang je. Kalo tak ada yang meriba packs of kerepek nanti.


.:: Boot belakang penuh ::.

.:: Atas lantai pun penuh? ::.

.:: Tadaa..dikerumuni kerepek ::.

Pas settle semua kat kedai ni, pergi kedai no 2 plak which is my favourite lah. Mmg sini wajib pergi tau. Walaupun kitorang sampai sana around 1030 pagi. Kereta sampai parking kat luar tu.. Baru minggu kedua ramadhan ni!


.:: Second Checkpoint ::.

.:: Nasib parking free ::.


Dah agak dah dalam mesti ramai. Tapi yang best sini dalam dia aircond, so sejuk lah sket. Takdelah rasa berpanas terik kan. Nanti haus, terbeli air plak karang tatayok!


.:: Takutnya kalau selipar hilang ::.


Those yang suka berniaga, memang sesuailah datang sini. Sebab dia ada jual 500g, 1kg ke 5kg pun ada. Beli sekali 5kg pastu markup je. Alah KL tu kerepek RM10/500g pun ada orang bantai beli.


.:: Murah-murah ::.

.:: Borong-borong ::.

.:: Akak ni mesti niaga kan ::.


Sini ada certain mahal and murah compare first checkpoint. Tapi dari segi rasa, gurantee sedap lah sini - almost semuanya. Sekali lagi aku memborong lah apa yang patut.


.:: Makanlah sampai lebam ::.

.:: Ramai orang, kena renovate kasi besar kedai ::.

.:: Masak ar nak bayar ::.


Pheww...
 Mission Accomplished!


m

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

10 comments:

  1. kadang2 aku ke Fazz
    kepek die terangkat~
    lagi2 ubi pedas basah tu

    ReplyDelete
  2. perghhh bestnye zura.. sgt murah tu!

    ReplyDelete
  3. hi alien:
    betul..betul..betul...

    hi lynn:
    sama-sama...dah rasa ker?

    hi kasut pink:
    murah sesangat tau!!!!!!

    ReplyDelete
  4. salam komen....

    sy pon suker beli2 kerepek neh... mmg dgr2 citer kalo mai area sini kerepek dier murah giler then smpai abeh stok... tp, sy tgk kerepek yg dibeli tuh 1 keter... sy nk beli utk 3 buah umah jer.... so berbaloi ker kalo mai eks? ehehehhe.... biasa sy g shopping kerepek kt Pasar Jawa, Klang... besh2 juger tp rega mcm biaserler...

    ReplyDelete
  5. hi akuzle:
    memang berbali gila...saya, mak saya n auntie. masing2 beli untuk kawan sorang..so total kerepek yg kitorang beli is untuk 6 family...ops..5 family...saya ngan mak kan serumah...berbaloi...ada ruang pergilah... :-)

    ReplyDelete
  6. leh tanya beli kerepek ni kat mana yer..terliur nyer tgk kerepek banyak-yus

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera….
    Perkenalkan diri saya, Farah dari Jehan Kerepek. Jehan Kerepek adalah satu kilang di Banting yang mengeluarkan dan menjual produknya secara borong kepada pemborong pemborong seluruh Malaysia. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pemborong pemborong diluar sana. Kilang ini menawarkan pelbagai jenis kerepek untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kami amat menjaga kualiti kerepek kami dari segi semua aspek.
    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-31802834 (Encik Zaihan @ Cik Farah) atau ws 014-2371942 (Cik Farah) pada waktu pejabat.
    Makluman tambahan. Pihak kami memohon maaf, kerana pihak kami belum lagi berurusniaga secara retail...ataupun belian kecil..semuanya dgn urusan borong ataupun bundle pack besar...mohon maaf sekali lagi...
    Kepada usahawan dan juga peniaga2 boleh berurusan dgn pihak kami melalui talian 0331802834 @ 0142371942 seperti yang tertera..waktu pejabat... Sekian harap maklum :)

    ReplyDelete

Featured Slider