Beruang Biru (Blue Bear) dan Kakak Kejam


Maaf saya agak gementar bila berdepan manusia. Inhale... Exhale... Orite.. Ready! 

Hi, Nama saya Englebear, saya lah generasi pertama Blue Bear Celcom. Sebabnya, saya yang mula-mula dikeluarkan dahulu. Tak percaya, cuba tengok salasilah kelahiran keluarga kami dibawah nun.

.:: S..s..saya..er.errr EngleBear ::.


Generasi saya (Englebear) telah banyak dihantar ke Kiub Biru (Blue Cube). Saya sangat takut, kalau-kalau tempat ini adalah agent memperdagangkan manusia. Ke..eh beruang ler.*Perasan pulak jadi manusia*. 

Sebabnya, saban hari saudara saya di Kiub Biru diambil manusia. Saya tak tahu manusia itu baik ke jahat. Saya semakin takut. Mereka lagi besar dari saya, walaupun mitos nenek moyang saya mengatakan kepala beruang itu sahaja separuh badan manusia. Betul ke?

.:: Bearyfrance lahir 6 jam lewat dari saya ::.

Suatu hari ada seorang kakak yang comel telah datang ke Kiub Biru. Dia sedang bercakap dengan penjaga kaunter merangkap abang yang mengawal ketat kami konon-konon takut kami melarikan diri. Kakak itu telah membayar RM30.00 kepada abang itu. Katanya nak topap kredit. 

Saya membesarkan telinga sebab terlalu eager nak tahu perbualan mereka. Oh rupanya, kakak comel itu mahu adopt saya. Yeah!!!! Waktu itu gembiranya saya. Sebab kakak comel tak pilih Bearyfrance pun. Padan muka dia. Ko duduklah sorang-sorang dengan abang jahat. Tapiiii...

Sangkaan saya meleset..



.:: Saya dilayan dengan kejam - Nampakkan dia sumbat saya ::.

Ye. Kakak comel ini tak seperti yang saya sangka. Dia sangat kejam. Sudahla, sewaktu adopt saya dia terlupa ambil plastik. Habis saya diusung satu Mid Valley. Bila saya mengadu kesejukan, dia sumbat saja saya dalam beg pink dia itu. Mimpi ngeri seperti sudah bermula.

 Hua... saya nak balik.. nak balik... T____T

.:: Tolong!!!! Aku ingin bernafas dol ::.


Akhirnya, setelah sampai rumah dia, saya dikeluarkan dari plastik dengan rakusnya. Kakak kejam ni snap gambar saya banyak-banyak. Dia paksa saya sebut "Kalau nak menang RM10k, Hantarkan BOLA ke 22188 dan kemudian reload min RM30" untuk Celcom User je!

Sehinggalah saya fasih. Kalau tak dia akan lambung-lambung saya. Saya pening dan terus migrane.
Dia memang kejam!

.:: Mata aku dah senget sebab Kakak Kejam ::.



M

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. tujuhhariseminggu:

    hehe...beralih lah ke celcom..tetzzzzzzzz... :-)

    ReplyDelete

Featured Slider