3 Awek di Majlis Kahwin

Oke, entry ni keluar bukan pasal kena bakar ngan asben pasal tak hapdate-hapdate blog..
 

Tapi sebab kebetulan layan Kuch Kuch Hota Hai sambil buka FB via laptop (setelah berjaman tak buka FB guna laptop sambil blur kecanggihan terkini FB) upload gegambar, sambil terpikir "eh, laju plak loading, camtu update blog jugaklah.."

Sikittt lagi nasi tambah, ada member shout kat FB "Manasatu nak tengok, The Tourist ke Kuch Kuch Hota Hai?" Gua yang brutal ni jawab "The Tourist typical omputih movie, tapi Kuch Kuch Hota Hai LEGEND" hahaha..

Jomlahh ke topik sebenar, almaklumlah, mak jarah kalo cerita kan meleret-leret sebelum sampai intro.


Ni wedding kawan aku yang sama sekolah teknik, sama Dip Uitm, sama Deg Uitm..rapat arr, penah tidur umah dia semualah..sama-sama join aktiviti, sama-sama share story-mory, problemo, naik motor walaupun lesennye tuk sorang jer, main bowling etc. Cuma semakin meningkat usia..(wah) semakin jarak memisahkan keakraban. Ceh...




Kebetulan, plak asben takdak g Sabah, maka mencari rakan single yang boleh jadi teman adalah kemestian. Girls day out la kiranya.kikikiki..Tetiba lagi sorang member yang laki dia dah lama kena transfer ke labuan nak join sekali...Yahooo...Women Power gitewww..Hahaha..


Time beratur amik food, tetiba kami disapa sorang laki kepala licin..member aku tersasol cakap "eh cikgu". Laki tu pun cakap, "apa cikgu2...hehe..". Dia ialah lecturer aku merangkap supervisor thesis aku. Aku malu sebab apa..time wedding aku, aku TERLUPA nak invite lecturer yang dikenali walaupun dalam hati memang berniat besar nak jemput diorang. Siap, plan nak pergi U la jenguk. Maklumlah, aku&asben kan Cinta Kuliah kikiki (iyerkkk).

Dari satu meja ke satu meja yang ada gang, kawan bersilih ganti, kami tak reti-reti nak balik (laki takde katakan), sempatlah jugak member aku babysit anak rerakan yang baru hadir.. senang diorang nak makan kan...siap cakap kat pengantin, takpe..ko buatlah hal ko dulu, nanti kitorang cari bila nak bergambar kat pelamin.. Bole?







Sebab, mekap dah nak cair, maklumlah petang sekarang makin panass, kami pun beransur pulang and reramai lah menulis ucapan. Nak lukis fancy-fancy, tahapahapa yang jadik, maklumlah banyak tangan..maka dengan itu aku mengucapkan sekali lagi

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT..

RINA & Pasangan

Semoga kekal bahagia selamanya..

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

5 comments:

  1. wahh seronok nya dpt jumpa kawan2 coursemate kan :)

    ReplyDelete
  2. tak dpt dtg rina kawen ritu....klu tak boleh jumpa mak jemah.eh, mak jarah..hahaha

    ReplyDelete
  3. aku suke lepak lame2 kt wedding member2..sbb time tu je nk jumpe kawan2..hehe

    ReplyDelete
  4. apela perasaan bile diri sendiri n kawan2 sume dah kawen belaka yerp. hahaha gatai XD

    ReplyDelete

Featured Slider