Saya Ada BMW !!

Sebelum kena maki baik saya mengaku awal-awal saya dah ada Bijak Mengurus Wang (BMW) Certificate. Dalam erti kata lain, saya dah faham ciri-ciri bijak mengurus wang.

.:: Nampak tak BMW saya ::.


Sabtu minggu lepas lah, pagi-pagi lagi dah memaksa kederat siap-siap untuk ke Hotel Singgahsana, PJ. Ni pun decision last minute, sebab bila lagi nak join dahla free kan.

Yang buat saya nak join sebab saya rasa lately ni duit saya tah kemana. Asyik tak cukup je. Padahal tak shopping sangat pun. Thats why misi melawat adik konvo tak tercapai.

.:: Ni pay attention ke tak, asyik snap photo je ::.


Program bermula dalam pukul 9.00a.m. Start2 je dah kena melukis gambar duit RM1 tanpa lihat wang kertas itu. Penat teman mikior camana ropenyer. Ironinye, punyalah kita abaikan duit RM1 tu selama ni kan.. Betapa takde value sampai langsung lupa. Mungkin subjek baru Sek. Rendah wajib lukis gambar note RM1. Takdelah lupa cam kami nih!!

.:: Manala hilangnye hidung & mata sultan, ampun tuanku. ::.


Around pukul 10.30 am ialah makan time!! Eloklah, saya tak breakfirst lagi pun. Tak sempat. Sempat pun minum teh buatan ibuku. Nak ngap roti bagai bukan tak boleh tapi jam dah pukul 8.45 am & saya masih dirumah??! Malu la kena masuk lambat nanti..

.:: Teh berSusu tapi sebab tamak, sudah jadi Susu berTeh. Sampai melimpah ::.


Program kali ni sangat sesuai untuk fresh grads, working adults, ibu-bapa or sesiapa saja yang rasa nak mengurus kewangan dengan betul.Yelah selama ni pukul rata je belanja kan. Tiba masanya kita rancang dengan bijak supaya masa tua nanti takdelah menyusahkan orang lain. Confirm ke EPF korang tu cukup nanti? Sepatutnya kali ini untuk wanita, tapi ada kelonggaran la bagi mereka-mereka yang nak bawa suami.

.:: RM20k to grab ::.

.:: Activity of the day ::.

Korang-korang kalau nak join pun boleh. Jangan risau, program ni takkan promo any insurance, unit trust product, MLM or Biz internet bagai. Mereka hanyalah badan yang bertanggunjawab supaya kita ni jadi celik kewangan & tak mudah kena tipu untuk melabur nanti. Untuk area Klang Valley & Penang dah settle. Boleh usha laman web www.min.com.my for info. Kat situ ada  Schedule Event dia seantero Malaysia. Malas jugak? Nah ni list dia.

22 Mei 2010 (Sabtu) Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu
12 Jun 2010 (Sabtu) Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak
19 Jun 2010 (Sabtu) Hotel Avillion Legacy Melaka, Melaka
26 Jun 2010 (Sabtu) Hotel Royale Bintang, Seremban
10 Julai 2010 (Sabtu) Hotel Syuen, Ipoh, Perak
17 Julai 2010 (Sabtu) Hotel Mutiara, Johor Bharu, Johor
24 Julai 2010 (Sabtu) Hotel Vistana, Kuantan, Pahang
7 Ogos 2010 (Sabtu) Hotel Renaissance, Kota Bahru, Kelantan

.:: Kena active nanti dapat free goodies ::.


.:: Sempat bergambar dengan Speaker of the Day ::.


Sebelum balik, kami diberi survey form untuk di isi. Before exit kena drop dekat registry nanti dapatlah goodies jugak. Yeah...!! Apalah agaknye yer..


.:: Saya wish thank you for their great job dalam survey form itu ::.


.:: Rupanya dapat beg & Certificate lagi.. ::.



Jadi apa tunggu lagi. Free je pun. Ilmu pasal kewangan pun dapat. Kawan baru pun dapat macam Kak Rohana & Sister. Best nyer diorang datang dengan sibling tau..Kalau tahu, satu family saya bawak sekali.he.he.

.:: Nice knowing you Sis ::.


Sekian. Saya dah ada BMW!! Yahoo!!


M


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

11 comments:

  1. salam singgah... wah ni satu seminar yang menarik ni... Bijak mengurus wang (BMW) sudah pasti kereta BMW pun boleh dibeli...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cepatnye ko update blog! bagus2 at least ada benda aku nak baca after office nih!

    Hmmm aku kalo dia suh lukis rm1 tu lagi teruk dari ko aku rasa..Yours look nicer and more realistic kot...ahaks..

    Menarik...free eh? Entah kenapa aku rasa aku patut join..eh WAJIB join..

    ReplyDelete
  3. lepas ni konpem pandai mengurus wang utk simpan duit beli kete bmw.. haha..

    ReplyDelete
  4. haha.. i like the catchy abbreviation.. BMW = Bijak Mengurus Wang! =)

    ReplyDelete
  5. Hai mancai & Ezany:

    aminn...ramai doa keta BMW ni..semoga masin lah kata-kata kamu... :-)

    ReplyDelete
  6. Hai Kenwooi:

    haha..thanx..i declare myself the owner of BMW.. :-)

    ReplyDelete
  7. Hai edaaaa:

    yang ni autopublish..dah buat awal2 weekend tuh..maklumlah office bukan ada tenet pun :-( Lorr..tau ko berminat aku ajak ko sekali..tp klang valley dah tarak..pi Ipoh ka seremban ka..ajak abi sekali..hehe.. :-)

    ReplyDelete
  8. Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

    ReplyDelete
  9. oh nampak macam seronok ke sis pegi ni. kekekeke:P

    ReplyDelete
  10. thanks for your support... tahniah dah ada BMW, huhu... btw, singgah lah check personaliti diri awak kat blog kite... :)

    ReplyDelete
  11. Hai Baincardin:

    Thanx tapi saya takleh develop baby lagi..hehe..

    Hai Encik aMin:
    Sat g saya buat nor...

    Hai bunbun:
    seronok tau..especially makan free..haha :-D

    ReplyDelete

Featured Slider