Maritim Putrajaya

Baru je nak cerita hal minggu lepas, alih-alih harini dah masuk Ahad, dah  nak minggu lain..aiseh..kena pulun lagi nih...tangkap gambar je hover, cerita tak keluar-keluar...

Sabtu lepas, pagi-pagi aku telah mengagahkan diri follow asben seawal jam 730 pagi. Dia nak pergi kursus kat KLIA nun, manakala aku bersukan (lahh sangattt..haha). Kursus asben abis kul 1 petang gitu and (ulangan cerita semalam) kami terus direct ke Muar.



.:: Opposite Hotel Pullman ::.

Tempat ni Intan yang recommend. Hari Jumaat beforenya aku dah di brief oleh Intan tentang betapa best kolam renang ni out of semua kolam renang kat Putrajaya. Tapi memang best pun, cer tengok gambar semalam, clearkan airnya sampai nampak dasar lantai kolam. Kandungan airnya siap ada mineral which is good (eh ni Intan cakap, mana ko baca arr..? kang salah plak info)

.:: Budak comot tak sempat pin tudung bagai ::.

Sampai-sampai, guard cakap, kaunter tak buka lagi, so masuk dululah berenang, balik baru bayar katanya. Tapppiiiiiii...hehe..sebab first timer, haruslah aku terjah setiap satu area ni selagi tak kena halau. Lagipun takde orang pun.

Kolam renang di Tingkat 1, tapi jangan risau, lif di sediakan. Sementara tu, kami terjah Concourse Level sebab nak tinjau-tinjau Gimnasium, Aerobik and Bilik Sauna/Stim. Sooo...saksikannnn..




Gymnasium tempat memula yang aku usha, facilities baru tapi macam takde orang ponnn..bilik pon sejuk. Maybe awal sangat ke aku sampai. Aku pulak tak bawak sport shoe dengan towel. Tak boleh nak lenjan gym dia.







.:: Ruang yang besar ::.



.:: Bekas bodybuilder eh silap Bob the builder kot ::.

Sebelah Gym ni ada pintu bole terus ke studio Aerobik..Kalau dari luar, dia ada pintu utama. Giler besar weih..macam bole bukak studio tarian je..Kalaulah aku bole kumpulkan balik gang-gang aerobik aku, mau time ni kitorang dah practice step baru -step gangnam style ker haha..

.:: Ni Step baru! ::.

.:: Pintu utama ::.

.:: Kaunter level concourse takde orang ::.

Belakang kaunter ni ialah bilik gym & aerobik, kalau sebelah kaunter ni ada satu bilik peberet iaitu Bilik Sauna & Stim. Kira macam lengkap arr, pas main gym/aerobik korang bersauna plak.. memang lengkap ala-ala pakej weight loss gitu...

.:: Tak sure provide towel ke tak ::.

.:: Ala-ala model dalam brochure spa versi muslimah gitu ::.





.:: Fuhh..berpoloh *konon* ::.


.:: Toilet pun ada..jangan risau ::.

Setelah puas buat inspection, aku naik balik tingkat atas. Nak salin baju renang. So sementara takde orang, ni lah view dalam bilik persalinan. Lupa plak nak tunjuk water closet dengan shower room. Tapi shower room dia tak banyak..dalam 4 ke 5 camtu compare dengan tempat lain yang aku dah pernah pergi. Mungkin kapasiti pengunjung tak ramai kot plus waktu dia lama dari pukul 8 - 12 so orang keluar masuk. (Tak tau la korang sanggup berendam 4 jam)

.:: Locker ::.

.:: Makeup area ::.

Tiba masanya kami bersplashhhh!!!!! Haha.. Intan, baju swimming jenis muslimah so nak bergambar pun senang..kiki..manakala aku..err...time aku beli ni tak wujud lagi muslimah2..so aku beli yang lengan panjang je la..ni second swimming suit aku. Yang first brand Ogival, time student dulu, pakai dalam setahun getah dia loose terus londeh. Banned brand ni..hahaha.. Yang second ni, Arena so far tahan lama dah lebih 3 tahun biarpun dah banyak kali pergi pantai and kolam renang. Lagipun Arena memang dipakai oleh most of athelete renang...cuma aku jer yang terkial-kial..hahahhahahahhaha..

.:: Sempat bergamhore (gambar+camwhore) ::.


.:: Macam cute jer baju renang muslimah kan ::.

Okay, start swimming dalam pukul 9, tapi dekat satu jam jugak kot aku coaching intan teknik breast stroke (Kuak dada). Aku memang pernah pergi kelas waktu student dulu. Teknik freestyle (gaya bebas) pun ada belajar, tapi aku asyik ponteng kelas + lack of experience makaaaa...tu bebal sket nak buat amali freestyle ni..takat teori gua faham arr..haha...

Mengajar punya mengajar dah dekat 1030..omak aiii..aku lum buat swimming workout lagi..haha..Intan plak dah lotih, maka dia g mandi. So aku ada sweet time nak buat workout. Kolamnye kecik je, so 1 lap dalam 25m kot...aku cam tak rasa 50m but not sure, sebab tak nampak dimension tulis pasal kolam ni. Even, tinggi dia pun aku tak nampak tanda dia atau aku yang terkhilaf (wah ayat rasa nak pelempang)

Memang jadi habit, pergi mana-mana kolam renang public/hotel aku akan tengok max height dia. So that, takdela terjun-terjunterkejutberukterkagetterustenggelam..Haha.. Aku ni nama je reti berenang tapi penakut tempat dalam..ala macam korang reti bawak kereta tapi takut nak bawa..ha camtulah.

Tengah belajar tu, ada satu auntie tegur, pandai berenang..memang pandai ker..aku gulpp..acaner nak jawab tu..sebab reti tapi tak pandai..haha..Dia bagi nasihat, dah tua dia sedar yang swimming tu good sport untuk hari-hari tua..ye. aku pun setuju, kalau ada anak , first class yang aku nak register ialah swimming. Pastu bolelah snap gambar macam Dr Sheikh Muzafar..haha..


pic source

Korang ada rasa topik ni melalut tak..?? Sangat kann.. Okelah, nak cerita pasal Maritim je. So kalau rasa Sabtu tak buat apa, atau teman asben kursus kat area Putrajaya, sila lah ke sini yer..Bolelah buat pakej gossipgirlhealthygroup kat sini. Nah aku tepekkan harga dia. Overall, thumbs up!

.:: Gym/Sauna/Swimming @ RM20 jom kawan2!! ::.

Selain tu, sesiapa nak buat wedding kat sini pun ada hall dia. Kalau nak buat ala-ala garden pun bisa di atur. Farah AF dulu buat wedding kat sinilah..Cunn tempat ni weihh..






Location: No. 1, Jalan P5/5, Precint 5, Putrajaya, 62200
Mon - Sun:9:00am-10:00pm
Parking Street & Parking Lot

Open 7 days a week !
Swimming Pool Sessions
9.00 am - 11.45 am
12.30 pm - 3.15 pm
4.00 pm - 6.45 pm
7.30 pm - 9.45 pm

Kayak, Canoe, Paddle Boat, & Water activities Sessions
9.00 am - 11.00 am
2.00 pm - 6.00 pm
* Snooker, Billiard (Pool), Gymnasium, Steam & Sauna, Aerobic and Squash opened from 9.00 am - 10 pm without session break.

How much all this will cost me?
Swimming Pool: RM5.00 / session
Gymnasium: RM10.00 / entry
Steam & Sauna: RM15.00 / entry
Monthly Package (Swimming Pool, Gymnasium, Steam & Sauna): RM150.00
Snooker: RM12.00 / hour
Billiard (Pool): RM 10.00 / hour
Single Kayak (1 Seat): RM15.00 / hour
Double Kayak (2 Seat): RM30.00 / hour
Canadian Canoe (3 Seat): RM20.00 / hour
Paddle Boat (2 Seat): RM30.00 / hour





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

8 comments:

Featured Slider