PHUKET : Phi Phi Island Trip

.....Lagikkk... Lupa publish :-)

Sapa-sapa yang melancong ke Phuket atau Krabi digalakkan melawat ke sana. Jarak dari Krabi/Phuket ke Phi Phi Island lebih kurang 42-43km gitu. FYI, Phi phi Island, Koh Phi Phi dan Phi Phi Lay adalah nama yang sama. Pakej ni aku dah amik sesampainya di Airport haritu. (Dah cerita).


Hari kedua, pagi-pagi lagi, pas breakfast, kitorang dah berlegar-legar kat lobby tunggu drebar datang. Risau gak kena tinggal. Tips ambik pakej ni, siap sedia pakai baju basahan atau baju untuk berenang sebab memang korang akan basah sentiasa. No heel, wedges bla..bla..kaki ayam je pun...sebab selipa diorang kumpul before naik boat taknak berpasir.

Oke dalam pukul 9 pagi van sampai amik kitorang. Dalam tu pun ada lg 3 couple. 1 dari denmark, 1 negro, 1 lagi sombong wa tak kenal.haha..



Perjalanan dari Naiharn Beach ke Harbour dalam lebih kurang 1 jam. Dari Harbour ni, ramai lagi orang dari travel agency masing-masing berkumpul. Travel Agency aku bernama Rak Thalay atau Cintakan Laut/Air.  Total satu boat anggaran 30 orang. Dari sinilah boat pergi bawak pergi ke area Phi Phi sana. Jaraknya dalam 43 km dan mengambil masa 1 jam dengan speed boat. Trip ke Phi Phi Island ni meliputi lawatan berikut.

Maya Bay -> Loh Sama Bay -> Phi Phi Ley->Viking Cave-> Monkey Cave ->Phi Phi Don -> Khai Island.



Maya Bay & Loh Sama Bay

Lokasi pertama ialah Maya Bay. Dari jauh nampak cantik gila tempat tu. Katanya kat sinilah tempat Leornado Dcaprio berlakon dalam cerita "THE BEACH". Aku pun tak tengok lagi filem ni. Speed boat berhenti berdekatan pantai. Turun boat jalan kaki cepat-cepat nak bergambar takut ketinggalan nanti.

Masuk ke dalam hutan nak ke belakang pulau sebab dekat belakang situ ada Loh Sama Bay. Hutan dia macam dibikin je, bersih, cantik. Rasa macam studio pun ada. Macam tak percaya yang tempat ni pernah effect tsunami.



Loh Sama Bay banyak Batu besar. Tak recommended nak mandi-manda. Setakat bergambar je oke jugak. Lepas je bergambar  dan menikmati keindahan alam (Masya Allah - Phi Phi Island sangatlah lawa kejadiannya), kami ke depan skit, nak celup-celup badan rasa air di pantai Maya Bay ni. Tak boleh lama, tourist guide bagi sekejap je. Kitorang ada kata kunci takut bercampur dengan boat2 lain - Love the sea (sempena nama agent Rak Thalay)








Phi-phi Ley
Kemudian kami ke Phi Phi Ley, dalam perjalanan diorang ada provide air mineral/gas and biskut. Kalo-kalo rasa jenis cepat gastrik/kuat mengketedarah bawakler biskut sendiri. Maklumah biskut yang dia bagi share ramai-ramai, segan nak conquer.


Sampai sini boat berhenti kat tengah-tengah lautan. Then semua orang disuruh turun snorkelling. Diorang ada yang sewa kaki itik tapi aku malas nak sewa. Pakai alat snorkelling ngan life jacket je. Setiap orang dapat beberapa
cebis pisang nak bagi ikan makan..best gila dapat suapkan ikan..hehe..better korang bawak seketul pisang siap-siap (Kalau nak experience lebih la). Those yang takde waterproof casing korang bole beli.banyak dijual.


Travel agent ni ada provide diorang punya videographer. Dia akan record most of the moment kita secara random. Waktu snorkle laki aku lambai videographer yang nun tenggelam dalam air. Nak suruh dia record gambar kitew hulur cebisan pisang dan dikerumuni ikan sambil pegang tangan..oh jiwang gak asben aku ni..hahahahhahahahaha..

.:: Video Screen shot ::.

.:: Quality video diorang tak best ::.

 
Before sampai tourist guide ada buat joke...kalo bernasib baik boleh terserempak dengan "spesis ikan" glamour tu (Aku tak ingat)..kalo tak bernasib baik bolela terserempak dengan buaya yang larikan diri dari banjir kat bangkok tu...cuak seyhhh.. tapi dia berlawak je tang buaya.. (cabul mulut).

Always, dekat dengan boat and ikut arahan masa. Ada satu part boat baru nak jalan... Couple dari jauh dok jerit "tungguuuu...!!!" diorang berenang sampai ke mana tah.. kesian..mengah diorang berkuak dada nak kejar boat...sapa tak riso kena tinggal tengah laut?

Viking Cave

Sini, sekadar tengok secara dekat dari boat je. Sebab viking cave merupakan tempat terpelihara. macam conservative cave la.. sebabnya? Sinilah diorang membiakkan sarang burung untuk eksport. Untuk menjaga kualiti hanya yang
terlibat dengan industri ini sahaja yang boleh access.




Monkey Cave

Kalau tak beran jangan turun sini..(memang ada yang duduk jauh pun). Tujuan ke sini ialah untuk bagi monyet-monyet kat pulau ni makan pisang. Tapi jangalah korang nak mesra sangat. monyet tauler kan perangai pijak kepala dia bila kita bagi makan.



Phi Phi Don

Yesss..nilah tempat yang dinanti-nantikan sebab perut dah lapar. Sebab kedua sebab dah kebulor nak makan nasi. Asyik masak sendiri kat hotel je...Phi phi don ni ada penempatan sikit berbanding pulau-pulau lain yang kami pergi.. Yang before this semua sekadar untuk melawat sahaja.


Sini pun banyak souvenier, kalau korang berminat. Hampir nak beli baju, tapi macam malas arh..nanti ada orang bising, tak pakai..huhu..


Khai Island

Nila tempat last yang diorang bagi mandi lama..dekat 2 jam gitu. Thats why diorang limit kan tempat yang kitorang visit before this. Kat sini boleh sewa kerusi berharga THB 15 kot. Since duduk lama, nak taknak menyewa la jugak. Tapi korang akan diganggu dengan penjual ice krim yang asyik dok tanya nak aiskrim..? nak aiskrim...? Aku kedeks jadi minum n makan apa yang travel agent aku bawak jer...kikiki..





Dalam pukul 6 petang sampai lah ke hotel..Malamnya banyak lepak kat hotel je. Memang wajib pergi Phi Phi Island kalau korang ke Phuket atau Krabi. Seriusssss...

Next PHUKET : Elephant Ride
Dah baca PHUKET : Phuket Fantasea ?

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

  1. ahhhh best! rindu pulak nk pegi lg...tp u lg syok sbb blh duk dalam khemah...hehe

    ReplyDelete
  2. ouh..kalini byk gamba berdua...jgn risau..nnti kite ganti2 jd OP ye..hahaha

    ReplyDelete
  3. fulamak!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. bess la tengok gambo....happening!!!bila la nak ke phuket ni

    ReplyDelete
  5. bestnya.. bila baca entry ni teringin nak pergi lagi..

    ReplyDelete
  6. menarik... thanks tgh kumpul info persediaan ke sana :)

    ReplyDelete
  7. Yup....xsabar nk p sne jgk.....ngah cri info....

    ReplyDelete
  8. slm singgah
    2 mgu lg pg krabi :)

    ReplyDelete
  9. wahhh macam bestt je dapat jalan jalan ke phukett. teringin jugak nak pergi hehehe =P

    ReplyDelete
  10. Kalau anda ada perancangan untuk bercuti kemana-mana bolehlah check harga kat saya kerana syarikat saya memberi perkhidmatan pengurusan pelancongan.

    email saya:sales1@naturepark.com.my
    atau call saya : puteri 012-2537698/013-513 8823

    ReplyDelete

Featured Slider