Perasan tak lately ni banyak isu buang bayi
*nak sebut pun takut, sedih sangatT_T*
Tak taulah apa nak jadi kan dengan manusia sekarang ni.
Tak berperikemanusiaan langsung!
Ada lagi satu kes di Hospital Universiti Kuala Lumpur.
Tepat Jam 5.02 minit pagi.
Bertarikh 29 March bersamaan hari Selasa yang indah.
*teka tahun apa yg hari Selasa 29/3*
Seorang bayi telah dilahirkan ibunya dengan penuh kasih sayang.
.:: Tolong...Bayi ini tidak mau ditinggalkan di tepi pantai tanpa seurat benang ::.
Kedua ibu bapa telah bersusah payah membesarkan bayi itu bagaikan menatang minyak yang penuh.
*Err cubalah kreatif cari perumpamaan lain plak, membesar bagai johan ker..*
Setelah lebih 20 tahun hidup.
Bayi itu ingin mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat illahi.
Diatas kurniaan rezeki, umur yang panjang, kesihatan, kebahagiaan dan sewaktu dengannya.
Tak dilupakan juga terima kasih kepada ibu bapanya.
Kerana tanpa mereka siapalah bayi inikan
*err memangla tak wujud bayi tanpa ibu bapa*
.:: Uncle Wong, kasi tepila..Aiyyo kacau gambar i ::.
Inilah bayi itu besau bukan main dah.
Semoga tuhan panjang kan umur bayi ini.
Aminnn..
l