Bila "dak" Selangor dah lama kerja Kolumpo

Pagi-pagi Jumaat 11 Dec tuh..gigih la sang suami isteri ni pergi kerja. Sesudah subuh 6.30am dia dah gerak demi mencari rezeki.

Melalui Federal Highway yang "bapak" jam selalu tu. Suami tersedar akan kelainan pada hari itu tatkala melepasi "peak point jam". Terus beliau berkata "Ha camni lah cuti sekolah!!!". Maklumlah, lewat ini kami kebingungan bila mana cuti sekolah pon masih jam pagi-pagi buta tuh.

Isteri, usai hantar dek suami, berjalan lah dia penuh longlai mengenangkan seharian bakal hadap mesyuarat. Pagi mesyuarat dalaman, petang menyuarat luaran (eh ada ke ayat camni? Maaf kakak kerja guna omputih..mihmih..). Lalu di beli sepasang kuih buat penyegar harinya. Agar perutnya terhibur, sementara menanti waktu mesyuarat.



Mesyuarat sesi pagi pon habes. Client (apada client paling sesuai nk translate) telah memberi konfirmasi utk datang petangnya. Hurmm. Si isteri memikirkan apa perlu dilakukan sementara rehat 2 jam di hari jumaat nih. Sambil meregang2kan bahunya. Sejak bertukar kerja dan diberi laptop. Bahunya sering ada tegangan. Salah tidur kata suaminya. Seingat dia, cara tidurnya tak berubah. Ah, lupakan...

Dia teringat akan brochure yang terpampang di kaunter bayaran mamak semalam. Sempat dia menghafal website massage centre tu. Setelah diperiksa, agak meyakinkan tempat ni. Dan pula, berdekatan dengan pejabat nya. Lalu melangkah la dia tengahari itu.



Nah, tempatnya agak hujung sekali. Tapi bukankah spa spa memang kat tpt tersorok kan.. Agak teragak2 nak masuk tapi kenangkan sakitnya bahu..beliau redah je tengok.

Alhamdulillah, dapat tukang urut yang sedap. Selepas diberitahu area mana yang sakit. Memang dia pulun betul2 kat situ. Tadah jela..Balik tu, fuh puas hati..sakit  terus hilang.. bole la cuba #manjakaki spa di central market atau cawangan-cawangan lain..(Eh..dh tak dalam watak plak)


Btw, habes spa tu baru aware yang Selangor cuti. Demmit..terus jeles lalu down balik....




Update:
Bertambah-tambah stwess bila Isnin ni Selangor declare cuti. Argghhh...!!
By the way. Congratulations pasukan Selangor juara kali ke 33 Piala Malaysia 2015. Walaupon tak dapat tiket, tapi bersyukur sebab tak kena hujan. 

Oke, tengok esok cabaran tahan jeles dengan orang Selangor tahap apa.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. Akak jangan setewess sebab orang kerja selangor pun ada yang tak cuti ni haa. Mood kelaut, hah pagi-pagi terus blogwalking. Harini berazam nak buat kerja dengan slow motion. Gittew azam tak membantu. Hahaha.

    ReplyDelete

Featured Slider