Hujung tahun bulan December lepas, cuti aku bukan main banyaknye. Carry-foward pun 5 hari je yang boleh. Aku dah remind asben awal-awal agar merancang cuti. Kebetulan plak mak mertua teringin nak pergi berjalan dan kalo ikutkan planning asal dia nak ke Bangkok sebab seronok dengar cerita aku ke Bangkok bulan Mac 2012 haritu. Tapi sebab macam dekat sangat, aku & asben rasa macam malasnya nak pergi tempat sama dua kali..
Dalam list ada Bangkok, Vietnam, Chiang Mai & Bandung. Bandung memang awal2 tolak tepi sebab aku memang 'kureng' suka pergi tempat sama melainkan belum habis "all out". Maksudnya, kalo dalam list "must visit place" ada yang aku tak singgah lagi, then boleh la consider nak pergi situ. Selama ni ingat Bandung dah tak ada apa nak tengok selain shopping. Tapi ternyata..banyyyyakkkk lagi tempat-tempat ceruk yang tak ku jejaki lagi rupanya! (Saat aku draft ayat ni aku dalam QZ8593 Airasia ke Kuala Lumpur).
.:: Mak mertua baca doa, menantu..? ::..
Aku and asben pun cuba riki-riki tempat lain macam Palembang etc tapi tengok review macam 'nothing' je. Dalam kitorang belum putuskan nak ke mana. Abang ipar dah booked kan tiket ke Bandung awal bulan 1. Terkejutla kitorang?! sebab, belum decide lagi. Dahtu booked flight je...Baru plan nak pakai Airasia go sebab jimat and tak payah pikir pasal hotel dahh...sekali aduhaiii...nak cari hotel murah ni yang leceh. Sebab kami nak pakai banyak duit 2013 ni so mmg tamo bazirkan RM100/day untuk bilik yang duduk setakat 8jam jer (untuk tidur,solat dan mandi).
Maka, bercutilah kami ke Bandung...hehe..lagipon aku last pergi sini tahun 2009. Asben plak kerap pergi..last tahun 2010/11 kot kira lama tak pergi jugaklah. Soooo....bolehla....
.:: Bandung lagi..?? ::.
Tempat menarik yang 'common' atau 'top priority' orang pergi bila ke Bandung:
1. Rumah Mode
2. Restoren Kg Daun
3. Factory Outlet di sekitar Dago, Cihampelas & banyak lagi.
4.Tangkuban Perahu
5. Hot Spring Ciater
6. Paris Van Java
7. Pusat Spa
Tapi terdapat juga tempat yang 'still common' tapi 'second priority' orang pergi tapi tetap menarik:
1. Grand Canyon
2. Kawah Putih
3. Kebun Teh
4. Rumah Stroberi
5. Restoren Sapulidi
Dan banyak lagiiiii... (berdasarkan review aku baca dalam blog-blog tapi subjectlah pada kesukaan korang)
Yang pasti, vacation kalini lain dari yang lain sebab makan kat tempat baru, pergi tempat baru..kesimpulannya BEST!! (tulahhhh awal-awal underestimate..haha)