Panik sekitar LRT
Pukul 7.45 pagi sampai KLS dari komuter nak interchange LRT Putra to Ampang Park. Waktu beratur tengok keadaan ramai gila orang! Ada announcement cakap "LRT Putra ada masalah teknikal dan hanya boleh stop kat hentian terhad, sila pilih jalan alternatif" What?! Nak suruh aku naik bas ker? Aku mana reti bas KL (ALASAN).
Naik tren dari KLS sampai PASAR SENI sebab tren sampai situ je. Turun dan tukar platform sebelah. Naik lagi sampai KG BARU dapat announcement "Ini tren terakhir, untuk ke GOMBAK LINE sila naik tren platform sebelah" (LAGI SEKALI!). Sewaktu ramai orang nak keluar tren, tetiba setengah tu masuk balik. Rupanya, orang yang beratur kat luar nak masuk tu cakap "weih, diorang announce tren ni boleh sampai KLCC jugaklah"
Keadaan sangat panik dengan macam-macam jawapan, tapi keluar jelah. Then, tren tadi blah. Orang semua kalut ke sana ke mari, tanya dia, tanya kau, tak pasti, main handphone, tangkap gambar suasana, kerut-kerut muka etc. Rasa macam aku tengah berlakon filem 2012 versi Malaysia.
Time tu dah pukul 8.20 kot. Padahal dari Ampang Park from KLS 10min+ jer. Pastu datang 2 3 staf lrt mention tren baru ni ke laluan KLCC above. Platform sama yang aku keluar tadi. Dalam erti kata lain. Tau tak yah ler aku keluar tren tadi.(GRRRRRRRR.....)
.:: Start station aku station ke 3 dari Port Klang - Bayangkan kejauhan ::.
Jamuan Raya
Dalam panik LRT rosak tu yang paling kesian Nasi Lemak aku (MAKANAN KEY U PERVERT). Aku beli panas2 kat KLS. Sampai ofis sejuk dah. Malas nak masuk microwave. Memula masuk dah kena tegur. "Weih tak pakai baju raya ke?"
Aiseh..lupa plak ada jamuan. Aku pakai officewear shirt+pants jerk. Dah gosok seminggu nye baju. Lupa nak include baju kurung sebab jumaat coti. Makan sangat best tapi aku dapat 2 cucuk sate je. Aku topap salad 2 kali oo.. Padahal sebelum ni salad adalah makanan paling boring bagi aku. Confirm tak habis. Dressing dia buat tu sedap gila. Terus rasa nak minta resepi (RESEPI SALAD PUN NAK MINTA MINTA?). Bloated sampai rasa nak tidur.
Pavilion
Ada beli satu barang kat butik Pavilion hari Sabtu lepas, maka dengan gigihnya aku pergi lagi nak mintak exchange sebab ada very minor (MICRO KOT) defect yang aku notice. Gigih sebab aku naik tren LRT PUTRA dari AMPANG PARK turun DANG WANGI interchange Monorel BUKIT NANAS turun SG WANG.
Dari St SUNGAI WANG aku jalan kaki ke Pavi. Ramai gila orang arab dan sebagainya.. Suasana hampir gelap, happening gila kot area sini macam ada pesta lantak ko.
Handphone
Boleh plak, dah pergi butik tukar barang..cari-cari handphone tak jumpa. Pas aku kol guna public, ringing ok jer. Sah la aku tertinggal kat ofis (SENGAL). Aku kol tunang dia suh gak aku amik HP tu. Memula aku ingat nak kol 2 3 budak ofis yang aku bajet akan stay lagi..tapi celah mana kan nak cari no diorang.
Dengan gigihnya (GIGIH LAGIK) aku patah balik ofis. Hari makin gelap, kepala otak tengah ingat step tae kwan do yang aku tinggalkan 12 tahun lepas (NAK LAWAN PENJAHAT). Aku reverse balik perjalanan tren atas tadi sampai ke ofis. Sampai ofis dekat 830+ malam.
Handphone ada dalam laci. Nasib, akak ofis baru nak turun ke basement carpark (DIA PUN BALIK LAMBAT), tumpang kereta dia sampai ke Stesen AMPANG PARK balik. Singgah bookstore beli Magazine EH! (CURANG PADA COSMOPOLITAN), pap, naik tren ktm plak balik rumah. Phew!
KEROPOK LEKOR
Kebetulan, pagi tu tunang pergi Terengganu meeting balik hari. So adala pesan kepok leko fresh dengan dia. Ate, dah aku berpatah arang melintang patah balik ofis amik handphone. Terus drag time nak amik. Ikut plan asal, nak turun station PADANG JAWA amik kepok, pastu straight balik rumah dengan komuter. Since, time dah delay sesangat (PENAT NAK MAMP JUGAK) so turun, PADANG JAWA amik keropok dan suruh dia antar..Kat station tu plak ada pakcik yang...hmmmm.. bagi ceramah agama sengsorang (KUATKUAT & AKU MUSYKIL).. Aku terus text tunang cepat sikit sebelum pakcik tu dtg dekat bagi ceramah agama kat aku plak. Nasib tak pape. Sampailah rumah dengan jayanya..
Begitulah kisah SEMALAM....
NOTE: KLS=KL Sentral.