Good morning!
Apa khabar blog??? Ada okay? Haha.
Harini Isnin, ada meeting plak kat Bintulu. Tapi aku balik hari je weih. Macam-macam hal hari Ahad dan Selasa. So nak gerak awal pon tak sesuai nak balik kendian pon takut tal sempat.
Pergi naik Air Asia, balik naik MAS. Sebabkan aku tak book taxi yang selalu aku naik tu. Aku pikir okaylah. Drive and Claim.
Sekali ko dah berselubung comforter nak bangun kul 4am nya pasal. Tiba-tiba laki kau bagi worst case scenario etc. Aku yang confident jadi goyang. Terus pukul 12 am tu aku capai handphone booking GRAB. Amik Scheduled Grab - pilih yang GRAB Taxi Bermeter. Murah sikit. Tak kisah actually sebab boleh claim. Tapi duit dalam wallet ada ciput.haha. (Okay don't ask why tak register CC).
Janji kul 4.30am. Pukul 4.00am encik ni dah datang. Malas plak aku nak laju kan diri sebab ngantuk ngan badan sengal (salahkan HIIT Workout buat malam tadi guna Youtube).
Dah takde apa. Kul 4.20am camtu aku kuar. Gila kejap siap. Yela no make-up bagai. Sekali naik teksi sampai KLIA2 kul 4.57am. Oh mak ai...awe bebenor.. tau teman gerak pukul 5.00am. Kalau tak kerana riso AA ni macam-macam la aku gerak awal. So, panda mood ON.
Tiba-tiba dengar last call Phuket. Eh bukan aku ke? Hahahaha.. (simptom lama tak travel memang camni).
Okaylah, tak ke gigih ko..menaip pagi-pagi subuh (pon belum masuk) buta ni. Aku nak ready ke surau ngan siap2 bagai.
Daaa...
Daaa...